Total Pageviews

Sunday, February 27, 2011

PUSAT PENDIDIKAN & KEBAJIKAN ROHINGYA - Pendaftaran



Pada 27hb Februari bersamaan 24hb Rabiul Awal, dari jam 12 tgh hari sehingga 7 malam, pihak pengurusan IOA yang dibantu sepenuhnya oleh sukarelawan Rohingya membuka meja pendaftaran untuk kemasukan ke Pusat Pendidikan & Kebajikan Rohingya. Kelas akan bermula pada 1hb Mac 2011 yang akan dikendalikan oleh Ust Arifullah yang juga dari Rohingya. Selain itu beberapa petugas daripada kalangan IOA akan membantu dalam proses pengajaran. Antaranya ialah Sdr Benzen ( Bahasa Inggeris), Sdr Hilmi ( Bahasa Melayu) Sdr Zaher ( Sains) Sdr Mohamad Yunan ( Matematik) dan Sdr Idahar ( Pengetahuan Am).

PUSAT PENDIDIKAN & KEBAJIKAN ROHINGYA - Gotong royong


Ini adalah rumah yang disewa oleh pihak IOA Pahang untuk memulakan operasi Pusat Pendidikan & Kebajikan Rohingya. Segala kerja-kerja gotong royong diuruskan oleh kaum bapa Rohingya yang mahu anak-anak mereka mendapat pendidikan asas di sini.Gambar di atas adalah gambar ketika membersihkan rumah tersebut.