Total Pageviews

Monday, April 11, 2011

MAJLIS PERASMIAN PUSAT PENDIDIKAN & KEBAJIKAN ROHINGYA

Majlis ini yang diadakan dalam suasana yang serba ringkas.

Timb.Pengerusi IOA Pahang, En.Idris Ismail bersama sukarelawan membantu memotong sayuaran.

Pengerusi IOA Pahang, Dato'Dr Abdul Razak bersama Sdr Idahar, Bendahari IOA Pahang

Para pelajar di kalangan anak-anak Rohingya yang ceria di majlis berkenaan.

Para jemputan yang hadir meraikan majlis terebut.

Ucapan daripada Setiausaha IOA Pahang iaitu Sdr Hilmi yang juga Pengerusi Pusat Pendidikan & Kebajikan Rohingya.

Ucapan perasmian oleh Yg Berbahagia Dato Dr Abdul Razak selaku Pengerusi IOA Pahang

Santai-santai bersama Dato Dr Abdul Razak selepas majlis perasmian.

Monday, March 21, 2011

Sunday, February 27, 2011

PUSAT PENDIDIKAN & KEBAJIKAN ROHINGYA - Pendaftaran



Pada 27hb Februari bersamaan 24hb Rabiul Awal, dari jam 12 tgh hari sehingga 7 malam, pihak pengurusan IOA yang dibantu sepenuhnya oleh sukarelawan Rohingya membuka meja pendaftaran untuk kemasukan ke Pusat Pendidikan & Kebajikan Rohingya. Kelas akan bermula pada 1hb Mac 2011 yang akan dikendalikan oleh Ust Arifullah yang juga dari Rohingya. Selain itu beberapa petugas daripada kalangan IOA akan membantu dalam proses pengajaran. Antaranya ialah Sdr Benzen ( Bahasa Inggeris), Sdr Hilmi ( Bahasa Melayu) Sdr Zaher ( Sains) Sdr Mohamad Yunan ( Matematik) dan Sdr Idahar ( Pengetahuan Am).

PUSAT PENDIDIKAN & KEBAJIKAN ROHINGYA - Gotong royong


Ini adalah rumah yang disewa oleh pihak IOA Pahang untuk memulakan operasi Pusat Pendidikan & Kebajikan Rohingya. Segala kerja-kerja gotong royong diuruskan oleh kaum bapa Rohingya yang mahu anak-anak mereka mendapat pendidikan asas di sini.Gambar di atas adalah gambar ketika membersihkan rumah tersebut.

Friday, January 28, 2011

Peduli Marhaen

Inilah rumah sewa Zainab (Ibu tunggal anak 5)
Sdr.Zahir menyampaikan sumbangan makanan


Zainab adalah warga Rohingya yang telah kematian suami tahun lalu. Anak beliau berumur 1 tahun hingga 6 tahun. Kini Zainab hanya bergantung kepada wang bantuan daripada UNHCR sebanyak RM 700.00. Setiap bulan beliau akan ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan wang tersebut. Perbelanjaan beliau ke KL sebanyak RM 350.00 , ini kerana terpaksa membawa kesemua anak-anaknya.

Kini, IOA Pahang sedang berusaha untuk mengurangkan bebanan  hidup beliau serta anak-anaknya.

Gambar-gambar kenangan semasa Retreat IOA Kelantan

Sdr Zahir & Abg.Man wakil IOA Pahang

Ketua Pegawai Eksekutif IOA Kelantan
Hj.Kamaruddin ( dikenali sebagai Ayah Din)

Wakil IOA Sabah di Sebelah kiri Sdr.Sabri
manakala di sebelah kanan ialah Sdr.Shamsul aktivis IOA Selangor.

Pembentang kertas dikenali dengan Ayah Lid.


Keceriaan Dato' Dr.Abdul Razak Kecik.

Aksi seorang penceramah iaitu Tuan Qamaruddin
Gambar kenangan bersama teman-teman daripada IOA Kelantan, Sabah, Perak, Kedah,Pahang dan penggerakkan utama IOA Kelantan.

Friday, January 21, 2011

RETREAT IOA KELANTAN

Syukur pada Allah Ta'ala, IOA Pahang telah menghantar 3 orang wakilnya bagi menghadiri retreat IOA Kelantan yang diadakan di Pusat Latihan Kada, Melor pada 19hb hingga 21hb. Sebanyak enam buah negeri yang turut hadir iaitu, Sabah, Perak, Kedah, Selangor, Pahang dan termasuk juga Kelantan.

Pelbagai perkara telah diperbincangkan bagi memastikan gerakan dakwah kepada kelompok sasar lebih tersusun dan rapi.

Gambar-gambar akan di susuli kemudian.

Saturday, January 15, 2011

Gambar2 Lawatan ke Kg Orang asli Sg Soi

Gambar diatas adalah ( dari kiri Ust Satar-Pengerak Masyarakat-JAKIM, En Zahir dan Abg Man Taliban IOA) Perbualan tentang kampung sungai soi.
Seramai 8 orang anak2 dari Kg tersebut belajar bersama seorang Pastor iaitu Pn Marlia. Beliau daripada gereja st thomas kuantan. Asal orang Jakun d Rompin.
Pastor Marlia yang berada d tengah. Beliau gigih dalam membantu masyarakat asli d sg soi.

Saturday, January 8, 2011

Lawatan ke Kg.Sungai Soi

Semalam pihak IOA yang diwakili oleh Sdr.Hilmi, Sdr Zahir dan Pak Man Taliban telah melakukan lawatan ke perkampungan orang asli di Kg.Warisan, Sungai Soi. Kami menemui penggerak masyarakat iaitu Sdr Abd.Satar yang telah berkhidmat selama 9 tahun di kampung tersebut.

Hasil lawatan kami, maklumat yang diperolehi jumlah penduduk adalah seramai 460 orang. Hanya 86 orang sahaja yang berpegang pada dua kalimah syahadah, manakala yang menganut kristian seramai 40 orang (sumber daripada gereja di kampung tersebut).

Justeru, masih banyak usaha dakwah perlu digerakkan di kampung terebut agar saudara-saudara kita dari suku Jakun ini dapat menikmati ajaran Islam yang syumul serta mendapat jaminan di sisi Pencipta Yang Maha Besar di hari akhirat kelak.

Sesiapa yang berminat untuk menyertai misi ini sila hubungi pihak kami iaitu Sdr Zahir di talian 016-9332779 atau Sdr Hilmi 016-2327061.

Thursday, January 6, 2011

Komuniti Rohingya Di Kuantan






SALAM DAKWAH

Memasuki lembaran baru iaitu 1432, IOA Pahang akan mula mengorak langkah baharu yang lebih tersusun serta sistematik untuk memastikan segala urusan dakwah yang melibatkan golongan sasar kami mendapat mamfaat.Kami amat memerlukan sokongan daripada semua yang membaca blog ini agar dapat bersama-sama dalam usaha dakwah secara berterusan.

Berikut adalah J/K IOA Pahang ;

Pengerusi            : Dato' Dr Abdul Razak Bin Kecik
Timb.Pengerusi   : En. Idris Bin Ismail
Setiausaha          : En.Hilmi B.Mohd Noor
Bendahari           : En.Idahar B.Zulkuply
AJK                   :
1) En.Zahir Bin Sulaiman
2) En.Atan Bin Manap
3) En. Mat Isa Bin Hitam
4) En. Ahmad Benzin Bin Dagok

Empat sasaran utama kami ialah ;

a) Masyarakat orang asli
b) Mualaf dan kelompok non muslim
c) Pelarian ( Rohingya atau yang lain2)
d) Golongan Kurang Upaya (OKU)

Sebarang pertanyaan atau maklum balas sila hubungi Sdr Hilmi di talian 016-2327061.