Total Pageviews

Saturday, January 8, 2011

Lawatan ke Kg.Sungai Soi

Semalam pihak IOA yang diwakili oleh Sdr.Hilmi, Sdr Zahir dan Pak Man Taliban telah melakukan lawatan ke perkampungan orang asli di Kg.Warisan, Sungai Soi. Kami menemui penggerak masyarakat iaitu Sdr Abd.Satar yang telah berkhidmat selama 9 tahun di kampung tersebut.

Hasil lawatan kami, maklumat yang diperolehi jumlah penduduk adalah seramai 460 orang. Hanya 86 orang sahaja yang berpegang pada dua kalimah syahadah, manakala yang menganut kristian seramai 40 orang (sumber daripada gereja di kampung tersebut).

Justeru, masih banyak usaha dakwah perlu digerakkan di kampung terebut agar saudara-saudara kita dari suku Jakun ini dapat menikmati ajaran Islam yang syumul serta mendapat jaminan di sisi Pencipta Yang Maha Besar di hari akhirat kelak.

Sesiapa yang berminat untuk menyertai misi ini sila hubungi pihak kami iaitu Sdr Zahir di talian 016-9332779 atau Sdr Hilmi 016-2327061.

No comments:

Post a Comment