Total Pageviews

Friday, January 28, 2011

Peduli Marhaen

Inilah rumah sewa Zainab (Ibu tunggal anak 5)
Sdr.Zahir menyampaikan sumbangan makanan


Zainab adalah warga Rohingya yang telah kematian suami tahun lalu. Anak beliau berumur 1 tahun hingga 6 tahun. Kini Zainab hanya bergantung kepada wang bantuan daripada UNHCR sebanyak RM 700.00. Setiap bulan beliau akan ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan wang tersebut. Perbelanjaan beliau ke KL sebanyak RM 350.00 , ini kerana terpaksa membawa kesemua anak-anaknya.

Kini, IOA Pahang sedang berusaha untuk mengurangkan bebanan  hidup beliau serta anak-anaknya.

Gambar-gambar kenangan semasa Retreat IOA Kelantan

Sdr Zahir & Abg.Man wakil IOA Pahang

Ketua Pegawai Eksekutif IOA Kelantan
Hj.Kamaruddin ( dikenali sebagai Ayah Din)

Wakil IOA Sabah di Sebelah kiri Sdr.Sabri
manakala di sebelah kanan ialah Sdr.Shamsul aktivis IOA Selangor.

Pembentang kertas dikenali dengan Ayah Lid.


Keceriaan Dato' Dr.Abdul Razak Kecik.

Aksi seorang penceramah iaitu Tuan Qamaruddin
Gambar kenangan bersama teman-teman daripada IOA Kelantan, Sabah, Perak, Kedah,Pahang dan penggerakkan utama IOA Kelantan.

Friday, January 21, 2011

RETREAT IOA KELANTAN

Syukur pada Allah Ta'ala, IOA Pahang telah menghantar 3 orang wakilnya bagi menghadiri retreat IOA Kelantan yang diadakan di Pusat Latihan Kada, Melor pada 19hb hingga 21hb. Sebanyak enam buah negeri yang turut hadir iaitu, Sabah, Perak, Kedah, Selangor, Pahang dan termasuk juga Kelantan.

Pelbagai perkara telah diperbincangkan bagi memastikan gerakan dakwah kepada kelompok sasar lebih tersusun dan rapi.

Gambar-gambar akan di susuli kemudian.

Saturday, January 15, 2011

Gambar2 Lawatan ke Kg Orang asli Sg Soi

Gambar diatas adalah ( dari kiri Ust Satar-Pengerak Masyarakat-JAKIM, En Zahir dan Abg Man Taliban IOA) Perbualan tentang kampung sungai soi.
Seramai 8 orang anak2 dari Kg tersebut belajar bersama seorang Pastor iaitu Pn Marlia. Beliau daripada gereja st thomas kuantan. Asal orang Jakun d Rompin.
Pastor Marlia yang berada d tengah. Beliau gigih dalam membantu masyarakat asli d sg soi.

Saturday, January 8, 2011

Lawatan ke Kg.Sungai Soi

Semalam pihak IOA yang diwakili oleh Sdr.Hilmi, Sdr Zahir dan Pak Man Taliban telah melakukan lawatan ke perkampungan orang asli di Kg.Warisan, Sungai Soi. Kami menemui penggerak masyarakat iaitu Sdr Abd.Satar yang telah berkhidmat selama 9 tahun di kampung tersebut.

Hasil lawatan kami, maklumat yang diperolehi jumlah penduduk adalah seramai 460 orang. Hanya 86 orang sahaja yang berpegang pada dua kalimah syahadah, manakala yang menganut kristian seramai 40 orang (sumber daripada gereja di kampung tersebut).

Justeru, masih banyak usaha dakwah perlu digerakkan di kampung terebut agar saudara-saudara kita dari suku Jakun ini dapat menikmati ajaran Islam yang syumul serta mendapat jaminan di sisi Pencipta Yang Maha Besar di hari akhirat kelak.

Sesiapa yang berminat untuk menyertai misi ini sila hubungi pihak kami iaitu Sdr Zahir di talian 016-9332779 atau Sdr Hilmi 016-2327061.

Thursday, January 6, 2011

Komuniti Rohingya Di Kuantan






SALAM DAKWAH

Memasuki lembaran baru iaitu 1432, IOA Pahang akan mula mengorak langkah baharu yang lebih tersusun serta sistematik untuk memastikan segala urusan dakwah yang melibatkan golongan sasar kami mendapat mamfaat.Kami amat memerlukan sokongan daripada semua yang membaca blog ini agar dapat bersama-sama dalam usaha dakwah secara berterusan.

Berikut adalah J/K IOA Pahang ;

Pengerusi            : Dato' Dr Abdul Razak Bin Kecik
Timb.Pengerusi   : En. Idris Bin Ismail
Setiausaha          : En.Hilmi B.Mohd Noor
Bendahari           : En.Idahar B.Zulkuply
AJK                   :
1) En.Zahir Bin Sulaiman
2) En.Atan Bin Manap
3) En. Mat Isa Bin Hitam
4) En. Ahmad Benzin Bin Dagok

Empat sasaran utama kami ialah ;

a) Masyarakat orang asli
b) Mualaf dan kelompok non muslim
c) Pelarian ( Rohingya atau yang lain2)
d) Golongan Kurang Upaya (OKU)

Sebarang pertanyaan atau maklum balas sila hubungi Sdr Hilmi di talian 016-2327061.